Thursday, December 15, 2011

Mengatur Langkah...

Aku aturi langkah lesu penuh kebimbangan, kehujanan. Elok kuatur, selangkah, selangkah. Ku tak mahu terjatuh lagi. Tak mampu terluka lagi. Pedihnya tak upaya ku tanggung. Licin? Ya, memang licin jalannya. Tersilap langkah, bodoh alangku nanti. Malu sendiri di khalayak. Setiap titis hujan kubiarkan mengalir. Biarku perbodohkan diri sendiri, menipu hati, biar tidak kusedar yang mengalir dipipi itu bukannya air dari langit. Biar ku tertawa keseorangan, biar mereka berkata, bukan hatiku yang dilukai.  Biar lah aku dalam duniaku sendiri. Biarkan.

Kadangkala ku tersenyum keseorangan, memikirkan salah-silapku. Ya, semuanya salahku. Tidak pernah dirimu salah. Masa yang salah kuberi. Hari yang salah kuberi. Tempat yang salah kuberi. Info yang salah kuberi. Bukan keluargamu juga aku yang salah. Tidak pernah salahmu. Tidak pernah maaf kau uturkan. Tidak pernah dirimu jatuh seorang pesalah. Semuanya aku. Mungkin juga. Mungkin banyak benar salahku, sehingga sebegini rupa diriku dilayan. Satu demi satu, diriku semakin dekat dengan sampah dijalan hidupmu.

Perlukah kuterus berharap? Perlukah ku terus perbodohkan diri ini? Perlukah kuterus mempercayai masa depan yang tidak pasti? Yang tidak tentu hala tujunya? Yang tidak berpaksi realiti kini? Entah. Aku bodoh sebegini. Suluhkan sinarmu, jika ini yang kau mahu. Aku sesat. Sesat mencari sesuatu yang kusendiri tidak pasti. Tunjukkan apa mahumu. Ku tak rela menunggu. Biarkan ku terus, mengatur langkah.

0 comments:

Post a Comment

yg ensem dan cantik....?