Monday, August 23, 2010

Aku Hanya Seorang Budak Kampung



Ok. Ni post ke-4 aku yang berbahasa Melayu. Bukannye berlagak sangat nak tulis bahasa Inggeris, tapi aku berpendapat (waahh bahasaaa....) bahawa dengan menulis blog dalam bahasa Inggeris ni, bolehlah sedikit sebanyak membantu aku menguasai bahasa tersebut  (waaah lagii) .Lebih-lebih lagi dengan status aku yang bergelar mahasiswa IIUM course English/ BEN STUDENT.

Sebenarnye misi n visi utama aku membuka laptop ni tidak laen & tidak mungkin ialah untuk menyiapkan term paper yang da seminggu tertangguh. Masalah utama aku ialah ; Flip Laptop> Switched ON> Plug Modem In> password> Google Chrome> FACEBOOK!!!

Abes je kelas HS tadi terus aku bukak Laptop balik, mengenangkan Term Paper's due date entah berapa lama je lagi. Tapi tak bergerak-gerak pon. Aku asyik padam dan tulis semula perenggan pertama dan kedua.
Dalam kelas HS tadi aku belajar sosiologi yang mana agak senang, cuma banyak nak kena ingat. Ini adalah cubaan ke-2 aku menulis post yang sama sebenarnye. Tadi aku da type banyak pasai Sosiologi tapi tetibe ter cut-and paste, Oleh kerana aku terlalu BIJAK & GENIUS, aku pon padam semuanya. hak3.. Puas hati aku..
-________________-!!

So, kalau aku nak citer pasai sosiologi, memang akan melalut jauh lah dari title post aku ni, so enough if I just say that in understanding social structure, Durkheim (jangan tanya sape die, or else aku akan jawab adik Ct nurhaliza) cakap komuniti itu boleh dikelaskan kepada 2 ; Mechanical Solidarity and Organic Solidarity.

Mechanical Solidarity ni macam orang kampung di mana pembahagian tugasnye amat sedikit. Yelah kan, orang kampung majoritinye boleh buat semua benda dari membasuh kain hinggalah menukar paip.

Organic Solidarity  pula macam orang bandar di mana kalau da lecturer tu jangan haraplah nak suh baiki kereta. konfem tak pandai! Entah- entah nak isi minyak pon suruh Bangla.


**********************************

Aku tak malu mengaku aku orang kampung. Walaupon ramai yang cakap mula-mula jumpa aku x sangka aku  orang Pahang. Memang aku dilahirkan di kampung. Kampung Kuala Sentul kalau nak lagi best. Sejak dari aku lahir, mak aku memang letakkan aku dalam jagaan atuk dan nenek aku kat kampung tersebut. Kadang kadang pulak aku balik umah nenek aku sebelah bapak. Tak jauh pon. Kampung sebelah-sebelah je. Tulah sebab mak & ayah aku tak pernah buang tabiat nak bergaduh balik kampung mana.

Atuk sebelah mak aku ni ketua kampung, so aku agak feymes la kat kampung tu. Satu-satunya cucu yang duduk ngan mereka. Aku ada seorang lagi mak sedara yang sindrom down dan aku sayang dia. Korang jangan mengada-ngada nak kutuk orang dengan sindrom down depan aku. Memang nak kene torture.

BTW, menjadi satu-satunya cucu Atuk yang stay with them is not the only thing that makes me well-known in that little village. Kelantangan vokal aku telah diakui dari kecik lagi. Memang setiap kali orang jumpa aku pon dorang akan cakap "oo.. Nilah budak yang kuat menangis masa kecik tu yek?". And aku da bosan dengan ayat tuh. Kadang-kadang ade gak rase bangga kejap. Yelah, dengar je aku nangis sume orang bangun tidur. Jiran-jiran semua da tahu anak sapelah menangis malam-malam buta camnih.

Kalau budak-budak INTEK cakap tak pernah dengar suara aku memang menipu sangatlah.. Vokal aku ni memang dikenali ramai sebagai suara yang paling annoying & 'menyekitkan' kata budak2 Ganu. Aku tak pernah amek hati. Gurau-gurau manja diorang ngan aku lah tu.. Afeeq & Mursyid selaku dormate aku selama 5 tahun memang aku respect sangat sebab diorang da immune dengan suara aku ni. Sikit pon x pernah komplen. I was an artist there.. haha

Balik semula kisah aku seorang budak kampung. Aku duk ngan nenek aku sampai umur aku 8 tahun or Darjah Dua. Balik je dari sekolah aku akan berlari-lari ke sungai. Eh... silap.. aku berlari- lari naik basikal nenek aku. Aku amat sayang nenek aku. Tiap hari je dia akan setia tunggu kat depan pintu sekolah ngan basikal dia untuk amek aku. tak sanggup tengok aku jalan kaki katanya. Padahal tak jauh pon. Bukannya tak mampu nak beli motor, tapi dia memang tak pandai bawak motor. Basikal pon basikallah... Dengan jasa dia mengendong aku ke sekolah itulah aku berjaya hingga ke tahap nih.


basikal tua camni lahh..


Sampai je rumah, aku cium mak sedara aku tu dulu dan ajar apa yang aku belajar kat sekolah. Walaupun aku tahu dia tak faham, tapi at least aku boleh tengok dia senyum bila aku mengajar. Dia kesunyian kat rumah tu tunggu aku balik. Aku faham. Kalau bukan aku yang nak luangkan masa dengan dia siapa lagi kan... Ngan atuk aku? Makan rotan la jawabnya...

Tanggal baju dan seluar, aku berlari-lari ke sungai belakang rumah. Memang bestlah mandi sungai ngan kawan-kawan. Masa tu kecik-kecik lagi, bercampur semua laki perempuan. Bogel ke tak ke, takde sape peduli. Nak tengok, tengoklah.



Lepas mandi aku akan mulakan process menTANkan kulit aku ni.. Sebab ari-ari buat macam tulah kulit aku jadi camni. Overtanned kot.. lantaklah. Aku tak peduli apa orang nak cakap.

Nilah memori aku masa kecik kat kampung, sebab lepas tu aku pindah duduk ngan ayah & mak aku... atas kerelaan aku sendiri. Memang sedih semula bila kenangkan semua ni, tapi kalau aku tak pindah dari kampung tu tak taulah apa akan jadi pada aku sekarang. Umum dah tahu, kalau duduk kampung tu, memang payah sikit nak berkembang.

Then aku dimasukkan pulak kat INTEK. Kat INTEK lagi hebat. Banyak benda aku belajar. 5 tahun kat INTEK da banyak mengubah aku. Tapi walau siapa pun aku sekarang, aku akan tetap sedar diri aku siapa. Aku bermula sebagai seorang budak kampung dan akan still budak kampung. 

4 comments:

yaya said...

aku pn budak kg..KG KEMPADANG... n aku sgt2 bngge mnjdi budak kg...

~fisha~ said...

mak oi panjang nye.. skip skit2... hum, bgs la awk.. maintain!

A@roN LoCk said...

yaya: kita serupa! hak3.. tapi ko bandar kuantan. aku bandar Jengka.

fisha: uhm.. haha.. tenkiu. ^^

cely said...

nice onee!

Post a Comment

yg ensem dan cantik....?