Saturday, July 2, 2011

Ibu Berhati Binatang

Assalamualaikum,

Kabare? baek dong? Sori ya, maaf sesangat sbb saya mmg x pandai bicara Indonesia. haha.. Saja try. Neway, berbalik kepada tajuk: Ibu Berhati Binatang. Kenapa tajuk nieh? Baca shortnotes kat bawah ni dulu. Sejak membela binatang ni, aku makin rajin membuat kajian, sampai la jumpa fakta2 nieh, tentang bagaimana haiwan2 menjaga babies dorg.


HAMSTER



Yang ni aku  pernah kena. Hamster ni memang jenis haruan makan anak. Hamster akan beranak banyak2, biasanya 6-8 ekor, then kalau dia nampak anak2 yang kurus, x bermaya, or cacat, dia akan makan hidup2. Memang x bagi peluang. Especially kalau xde makanan or sang ibu x cukup zat untuk menghasilkan susu untuk beri pada anak yang sihat. Yang aku dulu pun dari 8 tinggal 2 ekor. Nak cakap x cukup makanan, mmg penuh je bekas dia aku kasi. xtau lah. Hobi kot?

KUMBANG PENGGALI


Yang ni pun spesis sama ngan hamster/tikus. Dia akan bertelur banyak2, then kalau x cukup makanan, ngap yang kecik sekali. Biasanya mmg x lepas la. Kumbang penggali biasanya duduk dalam bangkai tikus, or bangkai animal2 yang lain so it would provide enough nutrient, but still, larvae yang dirasakan x sesuai untuk hidup or paling kecik sekali akan dibunuh. Dorg ni belajar ngan Darwin kot. Darwin cakap, teori ni adalah survivor of the fittest. Yang kuat akan hidup. Inilah nature. Kalau nak diikutkan, mmg banyak haiwan yang ikut teori ni. Arnab pon makan anak sendiri. Kucing jantan pun akan bunuh anak sendiri, biasanya anak jantan jugak untuk mengurangkan persaingan.

PANDA


Hah yang ni x taulah. Da badan besar, pandai berkung-fu pun x reti jaga anak lagi? Ibu panda biasanya akan menjaga SEEKOR anak sahaja. Andainya dia beranak lebih daripada seekor, yang lain akan dibiarkan dalam hutan. Yang anak kesayangan ni akan diberi makan, minum yang cukup n dijaga dengan penuh kasih sayang, sementara yang laen lantak korangla. Kalau anak2 panda ni x pandai survive sampai 8-9 bulan, mg arwah nasibnya. Kalau survive, nasib baik sangatlah tu. Besar nanti kau pukul ibu kau kuat2 ea Panda. Ajak mentadak kawan kau tu jugak.

HELANG HITAM



Helang hitam pulak laen ceritanya. SI ibu n bapak akan biarkan anak2nya maen camtu je dlam sarang. Nama pun burung. Tahulah sarangnya tinggi. Biasanya akan ada la anak burung yang jatuh mati. Reason dia buat camtu adalah kerana helang hitam biasanya hidup di tempat yang payah nak dpt makanan, so anak2nya bermain tu sbgai 1 ujian untuk mendapat anak yang betul2 kuat n berupaya untuk hidup dewasa kelak.

GAJAH


Gajah adalah herd animal, or binatang yang duduk secara berkumpulan. Ibu gajah biasanya mengandung selama setahun, or setahun sebulan. Masa lahir, mmg besar la anak dia, dlam 200pound! Anak-anak ni pulak akan dikawal ketat oleh 'allomothers' iaitu kakak, makcik2, nenek2 dalam herd tu sendiri. Anak gajah dilahirkan buta, so untuk protect mereka, anak akan dibiarkan bermain di tengah2 kumpulan tu sementara dorg membentuk bulatan. Imagine yourself in a middle, surrounded by extra large bodyguard. Like Justin Bieber, huh?

BURUNG ENGGANG


Burung enggang lain pulak cerita dengan helang hitam. Masa pengeraman n bertelur dihabiskan selamanya dengan bertapa dalam dahan kayu. Ibu enggang akan duduk dalam batang tu, dan si bapa akan menutup lubang dengan tanah n kayu, allowing only a small entrance untuk dia hulur makanan. Bayangkan kau hidup dalam bilik, bermandikan taik sendiri, makanan terhad, selama 2 bulan just untuk besarkan anak. Hebat kan?

ALLIGATOR


Alligator ni nampak jea muka garang, tapi hati jambu. Ibu alligator akan bertelur dalam sarang yang terdiri dari ranting-ranting kayu dan daun-daun. Sarang buaya jangan dijolok! Sebab ibu dia akan sentiasa ada memerhati dari jauh. Tahu x buaya boleh berlari sama laju dengan budak 10 tahun? Kalau awak terkejut mmg x sempatla. Bila da menetas pulak anak-anak dia akan berlari-lari masuk dalam mulut mak dia n dijaga sampai besar.

MANUSIA





Makin lama makin banyak anak2 terbuang tepi jalan, dalam sungai, dalam longkang, kat surau pun ade. X tahu lah. Mungkin dorg ni berfikiran cam Darwin jugak kot. Nak tengok sape paling kuat baru boleh bertahan. Tapi fikirkanlah, haiwan buat camtu sbb mmg xde akal. Kita ni manusia dikurniakan akal yang cukup lengkap, cerdik pandai. Jadilah cam alligator yang bermuka brutal tapi hati baik, jangan jadi cam hamster yang cute tapi anak sendiri dimakannye. 

Sekian, wasalam. =)
Peace no war.

1 comments:

cely said...

well said brothah. well said.

Post a Comment

yg ensem dan cantik....?